Populariti sesebuah lagu dipengaruhi oleh banyak perkara antaranya individu atau kumpulan yang menyanyikannya, konsep ataupun mesej yang tersirat dalam sesebuah lagu itu.

Dalam sesetengah lagu pula, bait-bait lirik yang digunakan menyebabkan sesebuah lagu itu boleh diterjemah kepada pelbagai maksud. Hanya penulis lirik yang tahu maksud sebenarnya lagu tersebut. Namun, percaya atau tidak ada beberapa lagu popular yang secara jelas mengandunngi mesej perkauman.  

Kali ini, Iluminasi ingin kongsikan contoh beberapa lagu popular yang secara jelasnya mengandungi mesej perkauman. Agak menghairankan bagaimana lagu-lagu ini boleh popular dan diterima ramai, seolah-olah menyanyikan lagu dengan mesej perkauman sesuatu yang dibolehkan. 

1. “Brown Sugar” oleh The Rolling Stones

    

Terdapat beberapa perkara tidak wajar dinyanyikan, seperti isu “perhambaan” – terutama apabila lagu itu menggunakan gambaran menyebat bagi menunjukkan kehebatan seksual wanita kulit hitam. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Mick Jagger dalam lagu The Rolling Stones bertajuk “Brown Sugar.”

Judulnya sahaja cukup menyinggung perasaan, tetapi dalam ayat pertama, Jagger menceritakan mengenai amalan perhambaan di ladang-ladang dimana pemilik hamba akan menyebat hamba-hamba kulit wanita ketika berhubungan. 

Produser muzik Ian Brennan telah mengkritik lirik ini dalam majlis Chicago Tribune pada tahun 2019 dengan berkata ianya “Kedengarannya seperti sesuatu dari filem seram dystopian atau kisah kejahatan abad ke-19”.

2. “Ahab the Arab” oleh Ray Stevens

Lagu Top 10 tahun 1962 ini adalah lagu yang penuh dengan stereotaip mengenai orang Arab. Stevens bahkan mengungkapkan perkataan “Arab” berima dengan “Ahab”. Ungkapakan perkataan “Arab” sebagai “A-rab” dianggap menghina,” kata Faris Bouhafa, jurucakap Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Amerika-Arab, kepada Washington Post pada tahun 1987.

Orang Arab menanggapi ungkapan sebegitu itu sama seperti penerimaan orang kulit hitam  terhadap perkataan “Nigga”. Dalam lagu itu, terdapat bait-bait lirik seperti sheik of the burning sand”, “wore a big ol’ turban wrapped around his head”, “jump on his camel named Clyde”.

Rangkap berikutnya pula menceritakan lelaki Arab itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita melalui lirik “Silently through the night to the sultan’s tent where he, Would secretly meet up with Fatima of the Seven Veils, Swingingest grade “A” number one US choice dancer in, The sultan’s whole harem, ’cause, heh, him and her had”.

3. “Illegal Alien” oleh Genesis

Lagu tahun 1984 ini sepatutnya berunsurkan komikal, walau bagaimanapun mesej-mesej yang terkandung di dalamnya secara jelas menghina dan merendahkan orang Mexico – sesuatu yang sinonim dengan orang Amerika Syarikat sejak sekian lamanya.

Lagu dan video muzik lagu ini menyentuh hampir setiap stereotaip bagi orang Mexico seperti mabuk, panchos, kemalasan, kumis lebat, licik, sombong, menggunakan bahasa Sepanyol dengan loghat Mexico dan sebagainya. Lagu ini juga dinyanyikan oleh Phil Collins dalam loghat Mexico.

Malah, tajuk lagu ini juga cukup merendah-rendahkan Mexico selaku jiran Amerika Syarikat. Walaupun kedua negara ini berjiran, terdapat perbezaan yang cukup ketara dari aspek budaya, bahasa, gaya hidup dan banyak lagi.

4. “The Star-Spangled Banner”

lagu rasis

Lagu kebangsaan Amerika sebenarnya lebih panjang daripada versi yang biasa dimainkan pada acara sukan seperti Super Bowl. Ditulis pada tahun 1814 oleh Francis Scott Key, seorang pemilik hamba, sebagai puisi “Defence of Fort M’Henry”, ia mengandungi baris berikut “No refuge could save the hireling and slave from the terror of flight or the gloom of the grave”.

Ya, lagu ini ditulis untuk mengakui kekuatan tentera A.S. semasa Perang tahun 1812 dan juga menekankan tentang kekuatan orang Putih mengatasi orang kulit hitam pada zaman perhambaan. Selain itu, terdapat juga ayat “the land of the free” yang mengaitkan dengan amalan perhambaan.

Puisi in menjadi lagu kebangsaan pada tahun 1814, zaman ketika mana orang kulit hitam Amerika masih lagi dijadikan hamba dan hanya ditamatkan pada tahun 1865. Disebabkan lagu inilah ramai orang berkulit gelap di Amerika Syarikat tidak meraikan sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai setiap tahun. 

5. “Turning Japanese” oleh The Vapors

Judul single tahun 1980 ini menimbulkan persoalan tertentu: Sekiranya seseorang itu tidak dilahirkan sebagai Jepun, bagaimana sebenarnya seseorang itu bertukar menjadi Jepun?

Malangnya, ia tidak merujuk kepada penyanyi David Fenton yang mempelajari sistem tulisan Kanji kuno, menganut agama Buddha, atau memang menguasai seni mempertahankan diri Jepun. 

Sebaliknya, ia nampaknya merujuk pada momen di mana seorang lelaki mungkin “menyepetkan matanya dan ‘bertutur dengan bahasa Jepun” sebagai sindiran penampilan fizikal orang yang tidak berkulit putih.

Kredit:

  1. Reader’s DIgest