Kredit foto: Instagram Ideen Azman

  

Siapa Ideen Azman (Ideen)? Ahmad Nuruddeen Azman atau nama terkenalnya, Ideen Azman merupakan antara remaja yang berjaya terpilih untuk menyertai program realiti, Pencarian Hero Remaja 2021.

  

Musim kesebelas rancangan realiti itu turut mempertaruhkan 11 lagi finalis iaitu Mierul Aiman (Mierul), Fazziq Muqris (Fazziq), Amir Ahnaf (Amir), Aqil Taqee (Aqil), Alif Haiqal (Haiqal), Afiq Hamidon (Afiq) dan Aryan Naim (Aryan) – senarai penuh akan dikemaskini selepas pengumuman dibuat.

  

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama sebenar, Ahmad Nuruddeen bin Azman.

2. Menggunakan nama komersial, Ideen Azman.

3. Berumur 21 tahun (2021).

4. Berasal dari negeri Melaka.

5. Lahir pada 13 Jun 2000.

6. Berketinggian 178 sentimeter (cm).

7. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

8. Penuntut semester ketiga di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan diploma teater.

9. Menggunakan Instagram atas nama akaun @ideenazman yang sehingga kini mencatatkan lebih 2,900 pengikut.

  

Fakta Menarik

1. Berfizikal tinggi lampai.

2. Berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, selain berkemampuan bermain instrumen muzik gitar, piano, dram, trompet dan saksofon.

3. Sering memasuki pertandingan nyanyian dan meminati cabang seni itu sejak usia kecil. Juga mengikuti pengajian bidang muzik sejak zaman sekolah.

4. Merupakan penggemar semua genre muzik dan sering merakamkan lagu-lagu cover.

5. Menyukai sukan renang yang dipelajari daripada ibunya sejak umur enam tahun. Beliau memiliki lesen menyelamat, ILS (International Life Saving) sejak usia 15 tahun dan kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar dalam sukan itu, mengikuti jejak langkah ibunya.

6. Meminati bidang lukisan serta sukakan permainan rollerblade yang menjadi hobinya sejak usia 15 tahun.

7. Menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘fast learner’.

8. Menyimpan angan-angan memasuki Hero Remaja sejak lima tahun lalu ketika masih di bangku sekolah.

9. Ingin menjadikan Hero Remaja sebagai platform memperoleh ilmu dan pengalaman, selain menambah kenalan untuk memastikan dirinya benar-benar bersedia sebelum memasuki bidang seni.

  

 

  

Gambar

ideen azman
ideen hero remaja
ideen azman umur
ideen azman family
ideen azman ig
hero remaja 2021 peserta 309
ideen azman birthday
hero remaja 2021 391
finalis hero remaja 2021 54
senarai hero remaja 2021 985  

Kredit foto: Instagram Ideen Azman

  

Video

Kredit video: Top 12 Hero Remaja 2021 : Ideen Azman

  

Sumber:

3. Hero Remaja 2021 Prelude Episode 3